Monday 6 February 2012

preparation untuk Maulidur Rasul

Maulidur Rasul untuk tahun ni jatuh pada 5 Februari 2012 & sambutan di kampung Tabuan seperti biasa untuk hari tersebut... tapi perarakan yang telah dianjurkan oleh Surau Tabuan Dani berlangsung pada 6 Februari 2012. 

Bukannya apa, biasanya kita sebagai manusia lebih-lebih lagi remaja mudah lupa untuk meraikan hari kebesaran ini... malah, aku sendiri pun xtau nak prepare apa untuk sambut selain selawat dan salam ke atas nabi junjungan kita, Nabi Muhammad saw.. Alhamdulillah, kebetulan berjumpa dengan pak cik ku (Razak bin Paie aka Pak Jak) semasa menunggu anak saudaraku tamat pembelajaran di sekolah pada hari Jumaat 2 minggu lepas, kami sempat bersembang-sembang... pada masa itu lah, Pak Jak minta aku tolong buatkan spanduk untuk perarakan maulidur rasul yang akan berlangsung 6 Februari 2012... disebabkan minat yang tinggi, tambahan pula, aku pun xtau nak buat apa masa ni, so, aku terus setuju..

Hari Pertama (3 Februari 2012)

tulisan tema maulidur rasul via pen 'persefahaman asas perpaduan ummah'

kain rentang untuk spanduk... 2 jam untuk siapkan lakaran yang xseberapa jelas...
lokasi: ruang tamu

tulisan majlis sambutan maulidur rasul yang mengambil masa selama 4 jam untuk siapkan...
lokasi: ruang tamu

lukisan kaabah yang mengambil masa selama 4 jam jugak untuk siapkan setelah puas mencari maklumat di internet... pukul 4 pagi masih lagi macam ni...
lokasi: dalam bilik


Hari Kedua (4 Februari 2012)

baru nak masukkan tema... mula balik pukul 7 pagi sampi pukul 11 pagi....
lokasi: ruang tamu


Alhamdulillah... pukul 11 malam baru siap segalanya...
lokasi: ruang tamu


spanduk perarakan maulidur rasul untuk Tabika Kemas, Kampung Tabuan Cemerlang...

Apa yang penting, aku bersyukur dengan cara ini, aku dapat mengingati & menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad saw.. 

Ujian Konsentrasi

Menguji sejauh mana konsentrasi kita.. :)

- Jawab spontan, jangan banyak fikir,
... - Baca satu demi satu,
- Concentrate!
- OK KITA MULA! :

Permainan konsentrasi warna :

1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3. Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?

Yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sebab lembu minum air..

1. Rambut anda warna apa ?

2. Tulisan ini warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?

Yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. Sebab kelawar tidur siang hari.

1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?

4. Harimau makanannya apa ?

Yang jawab rumput itu salah. Sebab harimau makan daging.


Sumber: http://www.syok.org/portal/readarticle.php?article_id=5418

Sunday 5 February 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H

Syukur Alhamdulillah kita panjatkan kepada Ilahi kerana masih memberi kesempatan kepada kita untuk sekali lagi meraikan kelahiran agung rasul junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. pada hari ini, 5 Februari 2012 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1433 H.



Sejarah ringkas
  • Sambutan Maulidur Rasul secara besar-besaran diasaskan oleh kerajaan Fatimiah (Mesir).
  • Namun, semua sambutan ini dihentikan pada tahun 488 H atas perintah Perddana Menteri, al-Afdal Shahindah yang berpegang kuatpada sunnah.
  • Walaubagaimanapun, ia diraikan semula ketika pemerintahan Al-Ma'moon Al-Bataa'.
  • Akan tetapi, semua perayaan ini dihentikan sekali lagi ketika rampasan kuasa daripada kerajaan al-Ayubbiyyah.
  • Pada Abad ke-7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen ‘Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil.
  • Muzafar yang merupakan seorang sunni mengambil berat akan perayaan Maulidur Rasul hingga memerintahkan persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin.

Hujah membolehkan Maulidur Rasul
1. Imam Jalaluddin Sayuti:
“Ibadat macam itu adalah bidaah hasanah (bidaah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia”.
2. Sheikh Dr. Yusuf al Qaradawi: 
“Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah. Ini kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga ingatan".
Hujah lain:
Sa’d bin Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah kepada kanak-kanak sama seperti mana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu mengenai al-Quran. Bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul diadakan bertujuan mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup. Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam.




Antara dalil bagi yang membolehkan Maulid ini:
1)  فَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِهِۦ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَٱتَّبَعُواْ ٱلنُّورَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ مَعَهُ ۥۤ‌ۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ١٥٧)
Maka orang-orang yang beriman kepadanya (Muhammad), dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya. 
(Al A’raf :157)

Keterangan: Tujuan maulud adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.
ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَيۡتُمُ ٱلزَّڪَوٰةَ وَءَامَنتُم بِرُسُلِى وَعَزَّرۡتُمُوهُمۡ وَأَقۡرَضۡتُمُ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنً۬ا لَّأُڪَفِّرَنَّ عَنكُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَلَأُدۡخِلَنَّڪُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ‌ۚ
Bahawa Aku adalah berserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanKu) dan kamu muliakan mereka dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. 
(Al Ma’idah :12)

Keterangan: "azzartumuhum" ialah memuliakan mereka (Tafsir Tabari, juz VI: 151). Orang yang memuliakan Nabi akan dimasukkan ke dalam syurga. Dan menyambut Maulid Nabi adalah dalam rangka memuliakan Nabi.


2. Saya ingin menyemaikan perasaan cinta kepada Rasulullah saw. Di kala ramai orang yang kini semakin jauh dari perasaan cinta kepada baginda. Bukankah rasulullah bersabda begini :
“Belum sempurna iman seseorang dari kamu. kecuali aku lebih dikasihinya berbanding dengan keluarganya, dan hartanya dan manusia keseluruhannya.” 
(Riwayat Muslim juz 11, hlm 15)

Saidina Umar r.a berkata kepada Nabi Muhammad saw :
“Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu kecuali diriku sendiri”. Baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam berkata : “Tidak, wahai Umar. Sampai aku lebih kamu cintai daripada dirimu sendiri.” Saidina Umar radiyaLlahu ‘anhu berkata, “Demi Allah subahanahu wa ta’ala, engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku sendiri.” Baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam berkata, “Sekarang wahai Umar.” 
(Hadith Riwayat Bukhari, Sohih Bukhari, vol 6 hlmn 2445)

3. Maulidul Rasul itu tidak pernah dibuat oleh rasulullah dan ia bid’ah sesat ?
Dalil umum bagaimana Rasulullah sendiri pernah menyebut mengenai hari-hari kebesaran contohnya :
Bahawasanya Nabi Muhammad saw datang ke Madinah, maka Baginda saw mendapati di situ orang-orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi bertanya kepada orang Yahudi itu: Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura ?
Jawab mereka : ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Fir’aun dan pada hari itu Musa dibebaskan, kami puasa kerana bersyukur kepada Tuhan. Maka RasuluLlah bersabda : Kami lebih patut menghormati Musa dibanding kamu”
(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim).


4. Adakah para salafussoleh yang menyambut Maulidul Rasul ?
Prof Dr Ali Jum’ah iaitu Mufti Mesir menjawab begini :
Telah menjadi kebolehan (keharusan) dan tradisi di kalangan salafussoleh sejak abad ke 4 dan ke 5 merayakan peringatan maulid Nabi saw yang agung. Mereka menghidupkan malam maulid dengan pelbagai ketaatan dan ibadah pendekatan kepada Allah seperti memberi makan fakir miskin, membaca al Quran, berzikir, melantunkan puisi-puisi dan puji-pujian tentang rasulullah. Hal ini ditegaskan oleh sebilangan ulama seperti : Al Hafizh Ibnu Jauzi, Al Hafizh Ibnu Katsir, Al Hafizh Ibnu Dihyah, al Hafizh Al Hebatusi, Al Hafizh Ibnu Hajar dan Penutup Huffazh (para penghafaz hadith dalam jumlah yang sangat banyak) Jalaluddin Al Suyuthi.

5. Ulamak lain yang membenarkan?
Imam Jalaluddin al Suyuthi dalam bukunya ‘Husnul Maqshid fi Amalil Maulid’ memberikan penjelasan tentang Maulid Nabi saw :
Menurutku, bahawa hukum dasar kegiatan maulid yang berupa berkumpulnya orang-orang yang banyak, membaca beberapa ayat-ayat al Quran, menyampaikan khabar-khabar yang diriwayatkan tentang awal perjalanan hidup Nabi saw dan tanda-tanda kebesaran yang terjadi pada waktu kelahiran Baginda, kemudian dihidangkan makanan untuk mereka dan emreka pun makan bersama, lalu mereka pun berangkat pulang, tanpa ada tambahan kegiatan lain. Adalah termasuk bid’ah hasanah dan diberikan pahala bagi orang yang melakukannya. Imam para hafizh Abu Fadhl Ibnu Hajar telah menjelaskan dasar hukumnya sunnah.

Imam Abu Syamah berkata :

Suatu hal yang baik ialah apa yang dibuat pada tiap-tiap tahun bersetuju dengan hari maulud Nabi Muhammad saw memberi sedekah, membuat kebajikan, maka hal itu selain berbuat baik bagi fakir miskin, juga mengingatkan kita untuk mengasihi junjungan kita Nabi Muhammad saw membesarkan beliau, dan syukur kepada Tuhan atas kurniaanNya, yang telah mengirim seorang Rasul yang dirasulkan untuk kebahagiaan seluruh makhluk.
(I’anatut Tholibin, juzu’ III, halaman 364) 


Imam Abu Syamah adalah seorang ulamak besar Mazhab Syafie dan merupakan guru kepada Imam An Nawawi.











Sumber: 

Saturday 28 January 2012

sarawak lawan negeri sembilan

Tanggal 29.1.2012, pukul 8.15 malam... Perlawanan bola sepak antara Sarawak dengan Negeri Sembilan...

Actually bagi sesetengah pihak, ya adalah perkara biasa dalam hidup... betul x? siapa yang xpernah lihat perlawanan bola kan? kan? tapi.... ada sesetengah pihak merasakan sesuatu yang lain walaupun hanya perlawanan bola....

Yalah yang terjadi kepada diri aku & kakakku semalam... mula-mula memang xda plan pun nak tengok tp bila tengok newspaper, rasa macam nak pegi... sampai depan kaunter tiket pun masih lagi nak berfikir sama ada nak tengok ke x? last-last, beli jugak la... even sekarang RM10 untuk tempat terbuka & RM15 bagi tempat berbumbung... kalau xsilap, masa semester lepas, ada free tiket bagi student... tp sekarang dah xda dah... tiket aku yang pegi beli... tapi kakak belanja... selesai beli tiket pukul 6.00 petang, balik rumah kejap sementara tunggu masa perlawanan pukul 8.15 malam..

Punya lah kakak lambat nak gerak pegi malam tu... hadui... nak cari parking gik kak... last-last dalam pukul 7.45 malam baru gerak dari Tabuan ke Stadium di Petra Jaya... bila sampai, ingatkan sedikit ja orang yang datang tengok, sekali, xda parking... huhuhu... nasib ada jalan belakang ke stadium... tu pun banyak da kereta.. Actually, xpernah buat benda-benda macm ni before ni... ni lah 1st time... hihihi...

ni la stadium sarawak tapi bukan suasana malam perlawanan tersebut

Actually sebenarnya bukan ya yang dimaksudkan untuk entry tk... sebenarnya tujuan nak pegi stadium untuk ingat kembali kenangan bersama dengan bapak... ingatkan aku sorang yang merasa rupa-rupanya kakak pun sama... biar lah duit melayang tapi kenangan masa ya juz dapat di rasa masa ya... 

Thursday 26 January 2012

bahasa melayu kah sarawak?

mostly entry yang ditulis dalam bahasa sarawak kan? hehehe... why? because i'm sarawakian...

untuk entry yang akan datang, myb akan ditulis dalam bahasa melayu... sarawak pun sama...

apakah sebenarnya motif untuk entry tk? ? ? ? ? ?

dragon ball kembali...

dragon ball dah kembali!!!! ya untuk aku jak la... lamak dah xtga cita dragon ball tk gik... gik ingat masa time sekolah rendah dolok... nang boleh kata tiap-tiap ari la baca komik nya... nang tiap kali abangku (Hasnul aka bang Cek) balit dari Penang, tiap kali ya juak nya bak komik ya... p bla nak dekat UPSR dolok... tah cne dak ka kak Noon simpan nya... sampe kinek tk masih gik mistery... ya kisah lamak dolok...


p kinek tk.. dengan adanya internet & laptop (mok juak)... dapat la baca balit komik ya melalui internet tek... juz taip n search ckit.. dapat la apa yang kita maok... hehehe... tuk semuanya bermula bila aku abis exam semester tek... aku abis 6 januari tek... disamping mengisi masa lapang dengan tut.... (lak cita nya)... aku abiskan masa baca komik jak la... aku start baca ya dari awal-awal gik episod nya... bukannya apa pun... syok bila tga cita nya time kecik... kadang-kadang ya, tetak kedirik jak tga olah goku time ya...



time nya gik kecik tk la yang paling bez rasanya... tiap kali nya berlawan, mesti nya polahadengan lucunya... mula-mula nya bertemu ng bulma... then, nya bertemu ngan mahaguru roshi.. kakya nya temu ngan kurin gik... adoi... nang bez la... xtauk la bagi kitak orang kedak ne... tapi bagi aku, nang bez.. hehehe... hahaha... ku mk sambung baca balit lok... kinek tk aku tengah baca nya lawan ng cell.. enjoy yourself...









i'm student or i'm staff

entry kali tk bunyi macam pelik ckit... tapi bagi orang yang dah lamak kenal & mengenali aku, memang dak nya rasa benda tk bukan pelik... tapi bagi yang baruk mok kenal & tauk sapa aku, bunyi nya memang pelik... huhuhu

sebenarnya... dragon ball ada 7 biji semuanya... hehehe... mentang-mentang la aku gik tengah layan cita dragon ball balit... actually, aku tk masih gik student unimas la... huhuhu... disebabkan banyak gilak komitmen dengan kerja kelab, aku dah rupa staf berbanding rupa seorang student... ya memang aku akui la... b4 bukak semester gik aku dah mula buzy... bukan lah sebab buzy gene2 pun, tapi urus ya urus ya, jumpa ngan penasihat & latihan gamelan ku, yalah yang membuatkan aku terlalu buzy... 

untuk semester depan, aku mok tukar jawatan awal sak banyak benda aku boleh berik komitmen & biarlah urusan kelab ya orang lain yang pegang... cukuplah untuk semester tek aku jadi kedak ya... huhuhu... 

lata orang, mun kita mena-mena maok, kita akan sedaya upaya untuk dapatkannya kan... maybe apa yang kita maok ya xkedak apa yang kita dapat... tapi bersyukur la.. sebab kita xtauk apa yang sebenarnya yang kita dapat... dari pandangan mata kita, ya hanyalah kecik pemberiannya tapi satu hari kelak, pemberian yang kecik ya yang akan mengubah hidup kita...